Saturday, October 18, 2008

Kronologi 6: Pierre Naik Angin Ditanya Gosip Mengenai Maya Darina

KEMELUT sama ada kekasih terbaru Pierre Andre, Maya Darina Dahlan Hain wujud atau sekadar ilusi hampir menemui jawapannya apabila pelakon, penulis skrip dan pengarah filem muda itu berjaya dijejaki di lokasi penggambaran semula filem Jangan Tegur di sebuah banglo mewah di Taman Bukit Indah, Ampang, tengah malam Isnin lalu. Ia bertujuan dalam usaha mendapatkan pengesahan daripadanya sama ada Maya atau Elie atau Molie atau Melia adalah orang sama.
Penulis bersama jurugambar, Affendi Mohamed disertai wakil Melodi TV3 - Michalle Wee dan jurukamera, Shazwani mendapat maklumat, Pierre yang selama ini ‘menyembunyikan’ diri daripada bertemu pihak media gara-gara dakwaan bercinta dengan gadis dikenali sebagai Maya Darina, sedang menyelesaikan penggambaran hari terakhir Jangan Tegur pada 22 September lalu.
Kedatangan kami ke lokasi penggambaran, sememangnya tidak mendapat undangan sesiapa kerana dikhuatiri Pierre akan menghilangkan dirinya. Team ‘terjah’ B*Pop dan Melodi tiba di perkarangan banglo kira-kira jam 10 malam. Kami menyelinap masuk ke banglo berkenaan apabila menyedari Pierre bersama beberapa krew berada di anjung menyiapkan rutin penggambaran mereka. Setibanya di tingkat satu banglo itu, kami mendapati pelakon utama Jangan Tegur, Julia Ziegler yang disolek watak hantu baru saja menyelesaikan salah satu babaknya. Namun, kelibat Pierre masih belum kelihatan. Kami berlegar-legar di hadapan sebuah bilik yang dipercayai Pierre berada di dalamnya. Hampir 10 minit menunggu, team kami didatangi Pengurus Produksi (PM) Jangan Tegur, Mokharul Shamsul Mokhtar atau Aseh. Aseh menyambut baik kedatangan kami, sekali gus meminta supaya tidak mengganggu Pierre sehingga dia menyiapkan baki penggambarannya hari itu. Sementara menunggu peluang sesuai bertemu Pierre, kami dipelawa minum oleh Pengarah Penasihat Jangan Tegur, Ahmad Idham. Selepas hampir empat jam kami ‘berembun’, akhirnya jam 2 pagi barulah produksi berkenaan berhenti rehat.
Peluang berkenaan digunakan untuk bertemu Pierre di tingkat atas banglo berkenaan. Setibanya di situ, Pierre dilihat berada di muka pintu satu bilik sambil bersembang dengan Julia. Salam diberi, Pierre menoleh ke arah kami, dia bersalaman dengan Michelle dan penulis. Kami memberitahu Pierre tujuan bertemunya. Namun, agak mengejutkan, Pierre kemudian tidak mempedulikan kami dan terus membelakangkan kami untuk menyambung semula perbualannya bersama Julia! Pada masa itu penulis menegur Pierre dengan nada tegas apabila tingkah lakunya itu dilihat tidak profesional.
“Saya ada hak untuk berdiam diam! ini personal, saya tak mahu cakap apa-apa,” kata Pierre apabila menyedari penulis bengang dengan tindak tanduknya. “Saya lebih suka diam, terima kasih kerana datang,” kata Pierre menjawab pertanyaan Michelle yang mahukan dia berterus terang mengenai perkara sebenar, terutama isu berkaitan cintanya dengan gadis bernama Maya.
Wartawan kejar Pierre
Tidak semena-mena Pierre terus bergegas menuruni tangga dalam usahanya melarikan diri daripada kami. Penulis, Affendi, Michelle dan Shazwani terus mengejar Pierre hingga ke perkarangan rumah. "Pierre, ini bukan you!,” kata Michelle apabila melihat Pierre terus berjalan laju tanpa menghiraukan pertanyaan media. Selama mengenali Pierre, dia sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripadanya dan mudah mesra, namun pagi itu sikap Pierre begitu agresif terhadap media, mengejutkan kami!
“Pierre kau komen gambar ni, siapa perempuan ni? Kita nak penjelasan apa yang berlaku selama ini, apa yang berlaku pada Faizal Tahir, Farah Asyikin, Farid Kamil dan terbaru dengan Pierre Andre?,” kata penulis sambil menunjukkan kepada Pierre gambarnya bersama seorang wanita yang dikatakan sebagai Elie atau Molie atau Melia, sekali gus mendakwa dirinya Maya Darina, anak orang kaya sedang mengidap penyakit jantung!
“Nothing to say...,” kata Pierre yang sebelum itu merenung tajam ke arah penulis yang seolah-olah menahan geram. Mujur saat itu Aseh yang berada di sisi Pierre menghalang sebarang kemungkinan yang tidak diingini sambil mengurut lembut belakang badan Pierre.
'Jangan sentuh saya!'
“Saya okey, saya shooting, setakat ini projek akhir saya ialah Jangan Tegur. Saya kena reshoot sebab ada masalah teknikal. Tak ada apa-apa yang terjadi pada saya. Tiap-tiap minggu keluar cerita yang nak jual surat khabar,” kata Pierre seperti menuduh pihak media memaparkan kisah Maya Darina dengan tujuan semata-mata mahu melariskan jualan akhbar.
“Don’t touch me!,” kata Pierre kepada Michelle yang cuba menghalang pergerakannya menuju ke kereta.
Pierre terus meninggalkan pihak media yang masih menanti jawapannya. Tanpa mempedulikan rayuan penulis dan Michelle supaya dia tidak pergi, Pierre terus masuk ke keretanya model Chevrolet Aveo warna putih dengan nombor pendaftaran WLW 7266. Ketika mengundurkan keretanya dengan laju, ia nyaris terkena kaki Michalle dan Shazwani yang jaraknya tidak sampai 30 sentimeter dari tayar kereta berkenaan!
Pierre terus memecut laju keretanya, sekali gus meninggalkan set pwenggambaran Jangan Tegur sekalipun penggambaran belum selesai, sementara pelakon lain dan krew masih berhenti rehat makan tengah malam (supper break). Sikap Pierre yang bertindak agresif dan tidak menghormati media, jelas memperlihatkan dia tidak profesional menangani gosip mengenai dirinya dengan Maya Darina.

Kronologi 5: Pierre Macam Kena Control

Luahan Julia Ziegler mengenai Pierre

"KETIKA saya masih berada di Jakarta, Indonesia bersama Pierre Andre untuk penggambaran filem Teman Selamanya, kami ada bercakap soal relationship, saya tanya Pierre sama ada dia masih sayang pada Yana (Norliana Samsudin - pengarah Selamat Pagi Cinta!), dia kata ya, sayang. Saya dan Pierre, kami kawan rapat, jadi kami boleh bercerita apa saja. Saya pernah menasihatkan Pierre supaya dia kembali pada Yana. Saya tahu, Pierre rindu untuk bercinta dan nak orang sayang pada dia. Saya sendiri sayang pada Pierre sebagai seorang kawan, dia ada ciri-ciri lelaki yang saya cari. Tapi, saya belum bersedia untuk bercinta, saya tak nak fokus pada relationship, sebaliknya Pierre memang sudah bersedia. Sesiapa saja yang dapat mendampingi Pierre, dia adalah gadis bertuah.Terus-terang saya katakan, Pierre pernah meluahkan hasratnya pada saya, masa tu penggambaran Jangan Tegur belum bermula lagi. Saya beritahu Pierre, why not kita jadi kawan dulu, kenal dulu hati budi, bagi saya kalau ada jodoh tak ke mana. Saya sering beritahu Pierre, not yet. Sehinggalah kami jadi kawan rapat dan sama-sama menjalani penggambaran di Jakarta. Ingin saya jelaskan di sini, sekalipun saya dan Pierre rapat, tapi antara kami tidak ada apa-apa hubungan cinta. Sekiranya Yana mungkin pernah berasa cemburu, saya tak tahu nak cakap macam mana kerana memang saya rapat dengan Pierre. Dalam pada itu, ketika di Jakarta, tiba-tiba nama Maya Darina Dahlan Hain muncul. Saya perasan, di set, di mana-mana all the time on the phone! Saya tanya Pierre, dia tengah bercinta ke? Pierre kata, yes! Dia ceritakan pada saya, Maya Darina ni macam mana, anak orang kaya katanya! Cantik, meletup! Mula-mula tu saya percayalah. Lama kelamaan saya dapat rasakan, Pierre macam kena ‘control’. Bayangkan saya dan Pierre tengah makan, dia asyik on the phone dengan Maya! Langsung tak hormat orang! Siapa Maya? Saya dengar Pierre panggil Maya ni baby, sayang, dah muak! Apabila saya tanya, Pierre beritahu, Maya ni sakit. Pierre beritahu lagi, Maya ni ada Austin Martin, Ferrari, ada penthouse, ada banyak saham syarikat minyak, syarikat penerbitan dan macam-macam lagi. Sekalipun Maya ni sakit, tak perlulah all the time telefon dia! Bayangkan kami tengah shooting, telefon Pierre ‘bergegar’ dalam seluar, every single time! Maya tu bukannya isteri Pierre!
Angau dengan Maya Darina
Saya pernah tanya Pierre, you dah pernah jumpa dengan Maya tak? Of course yes, jawab Pierre. Apabila saya balik Kuala Lumpur, saya dengar cerita daripada pembantu Pierre, Itik, dia beritahu saya, Maya Darina tak wujud! Tapi, saya dapat rasakan, Pierre ni angau dengan Maya! Saya pernah tanya ibu Pierre, Khatijah Tan, pernah jumpa tak Maya, tak pernah. Maya pernah datang rumah tak, tak pernah! Banyak kali saya telefon Pierre nak tanya perkara sebenar, dia tak angkat. Pierre seolah-olah ada ‘dunia’ sendiri. Akhirnya saya dapat jumpa Pierre dan sekali lagi saya tanya soalan yang sama, pernah jumpa Maya tak? Jawapan Pierre, tak pernah... Pierre menangis. Saya dapat rasakan, Maya ni ada guna ‘sesuatu’ apabila berhubung dengan Pierre di telefon dan internet, itu cara perhubungan mereka, tak pernah berjumpa!Saya sebenarnya tak sabar nak jumpa Pierre, kami ada reshoot Jangan Tegur. Saya harap, Maya atau Elie atau Molie atau Melia, jangan ganggu hidup Pierre lagi! Kalau rasa nak pergi dapatkan rawatan di hospital sakit otak, pergilah, saya boleh tanggung pembiayaannya, saya tak kisah! Saya selalu pesan dengan Pierre, please grow up! Bagi saya, Pierre dari segi relationship, kosong. Pierre ni seorang yang easy to love. Dia kena matang sebelum jatuh cinta. Saya akan bekerja dengan Pierre lagi. Pierre tolong terima kenyataan, Maya Darina Dahlan Hain, tak pernah wujud! Apabila tersiarnya artikel Faizal Tahir dan Farah Asyikin di B*Pop baru-baru ini, Pierre rasa egonya tercabar.
'Pierre mahu buktikan'
Pierre nak membuktikan seluruh Malaysia, dia betul, orang lain semua tipu. Bagi saya, sekarang Pierre sekadar berkhayal, please go back to reality. Tolong sayang bakat yang ada. Jalan terbaik untuk Pierre, bertemu sajalah dengan pihak media, mengaku, put your ego a side. Jangan teruskan lagi, beritahu saja pada Maya atau Elie atau Molie atau Melia, jangan ganggu! Wanita itu memerlukan pertolongan, serius! Saya boleh tolong Pierre, tapi saya tak rasa boleh tolong you Elie... Berdasarkan cerita Itik, dia pernah pergi ke rumah keluarga Elie di Gombak, Selangor, mak Elie sendiri tak tahu siapa Maya Darina yang kononnya anak tirinya. Saya dapat rasakan, kalau saya ‘pegang’ Pierre, dia jadi Pierre semula. Tapi, jika saya ‘lepaskan’ dia, dia lost! Mungkin saya, Yana dan keluarga terdekatnya saja yang boleh menyelamatkan Pierre. Kepada Pierre, mengaku sajalah pada media, pada masyarakat, dia sudah melakukan kesilapan. Maya Darina ni tak wujud, tolong maafkan dirinya. Kepada Elie, tolonglah, get a life! Jangan rosakkan kehidupan orang lain. Jangan sampai saya buat laporan polis, saya beri you peluang terakhir, jangan kacau lagi Pierre Andre dan lelaki lain! Get help!"
Faizal Tahir:
"TERUS-TERANG saya katakan, saya terkejut apabila nama saya dikaitkan menerusi satu artikel - ‘Maya Darina Dahlan Hain tidak wujud?’ yang disiarkan menerusi B*Pop terbitan 7 September lalu. Artikel itu mendakwa diri saya pernah dipermainkan seorang wanita bernama Elie, gadis yang mungkin menyamar sebagai Maya Darina Dahlan Hain apabila dia didakwa sebagai kekasih terbaru Pierre Andre!Maya Darina ini saya sangat pasti dan amat yakin, dia ni tak pernah wujud! Walaupun kisah saya dan Maya Darina sudah lama berakhir, saya tak sangka cerita Maya Darina ini timbul semula. Saya pernah cakap dengan Maya ni, dia ada masalah mental dan perlu berjumpa dengan doktor. Maya Darina menggunakan banyak nama, ketika dia bersama saya, dia menggunakan nama Molie dan satu lagi watak lain iaitu Melia. Melia ialah kakak kepada Maya Darina.Saya dah kenal Maya ni lama, tapi kami tak pernah berjumpa. Saya kenal Maya menerusi laman web friendster di internet. Maya beritahu, dia sakit jantung. Dia nak mati, tinggal beberapa hari saja lagi nak hidup. Sebagai kawan, saya beri Maya semangat. Kami jadi kawan rapat, tapi menerusi friendster saja, tak pernah minta nombor telefon dia pun.Apabila tiba ‘hari kematiannya’, Maya beritahu saya, dia tak jadi mati! Dia kata dia lawan rasa nak mati tu! Sebabnya saya banyak beri semangat padanya. Ayat power! Ketika itu saya baru kahwin, tapi tak ada anak lagi. Kata Maya lagi, dia nak jumpa saya dulu sebelum mati. Dia beritahu saya, dia dah timbul rasa sayang pada saya sebab saya selalu beri dia semangat. Maya kata, dia belum pernah jumpa orang caring seperti saya.Maya juga mendakwa, dia baru saja putus cinta dengan teman lelakinya sebab teman lelakinya tak larat nak jaga dia sebab dia sakit. Saya cakap pada dia, tak boleh sayang saya sebab saya dah kahwin. Sebaik saja saya cakap macam tu, dia tiba-tiba terus jatuh sakit, nak mati lagi! Saya beritahu Maya, sentiasa ingat Tuhan.Nak dijadikan cerita, isteri saya cari Maya. Isteri saya berjaya mendapatkan nombor telefon Maya. Banyak kali isteri saya telefon, tapi dia tak nak jawab. Akhirnya suatu hari isteri saya telefon, ada orang jawab dan bermulalah satu lagi karektor, Melia. Melia dan Maya Darina adalah orang sama, dia cuma tukar suara saja. Melia beritahu isteri saya, Maya Darina sudah mati... Bermula dari situ, habis, saya tak dengar apa-apa cerita lagi.Saya pun masuk OIAM. Tak lama kemudian ada seseorang hantar SMS pada saya, tapi saya tak kenal siapa. Dia tak nak memperkenalkan dirinya. Akhirnya selepas didesak, dia memberitahu, dia adalah Maya Darina... Saya cakap jangan main-main dengan orang yang sudah mati. Macam-macam cerita timbul selepas itu kononnya Maya beritahu, Melia sengaja mereka cerita.Dia beritahu saya, Maya Darina Dahlan Hain masih wujud. Saya pelik! Maya terus mengganggu hidup saya, saya maki dia berbakul-bakul! Akhirnya Melia muncul semula dan telefon saya tiap-tiap malam, tapi saya tak layan, manakala Maya dah senyap. Melia beritahu, Maya sakit semula, jantungnya ada masalah lagi. Tak lama lagi Maya nak mati. Saya kata, jangan tipu lagilah!Melia guna sentimen lagi, jumpalah Maya selagi dia masih hidup. Tapi, saya masih belum berpeluang bertemu Maya. Setiap kali saya nak jumpa Maya di Institut Jantung Negara (IJN) ada saja alasannya, doktor tak benarkan pelawatlah, ada mesin tengah onlah dan macam-macam! Yang saya tak boleh tahan nak dengar tu, Maya beritahu, dia ni founder untuk konsert IJN bersama Sheila Majid! Dia nak panggil saya buat show!Maya beritahu, dia dah cadangkan nama saya, tapi akhirnya Sheila yang terpilih. Akhirnya dia mula dapat perhatian saya ketika saya kena gam tiga bulan tu. Ketika itu memang saya ‘down gila’. Ketika itu jugalah Maya masuk jarum. Maya kata, dia boleh tolong menaikkan semula karier saya kerana dia ada pengaruh besar dan kenal semua VIP di sebuah syarikat media! Dia kata, dia boleh terus jumpa menteri untuk menjernihkan semula nama saya.Saya tanya Maya lagi, dia ni siapa sebenarnya. Dia kata dia seseorang dan ada saham di syarikat media berkenaan. Tambah Maya lagi, dia pun dah tak lama hidup, jadi dia nak tinggalkan sahamnya pada saya! Maya nak mewasiatkan sahamnya kepada saya. Saya masih tak nak percaya, saya kata buktikan! Sudahlah saya tak pernah berjumpa dengan Maya Darina ni.Akhirnya satu lagi karektor wujud, Molie. Molie adalah gadis yang dilihat pernah bersama Pierre. Sebelum itu, ketika separuh akhir Muzik-Muzik TV3, lagi beberapa minit saya nak naik stage menyanyikan lagu Kasih Tercipta, saya dapat SMS daripada Melia, Melia beritahu saya, Maya baru saja meninggal dunia. Kuburnya di sini, malam ini mereka nak buat kenduri tahlil. Saya buat bodoh saja!Tak lama kemudian, Molie pun muncul dan memperkenalkan dirinya adik Maya. Kami hanya SMS saja. Tiba-tiba suatu hari Molie terlepas cakap, katanya dia baru berjumpa Maya! Saya dah dapat tangkap, ini mesti ada sesuatu! Selepas itu, bermulalah satu episod baru. Saya kata saya nak jumpa sangat Maya ni. Dia orang ni main-main, dia orang dah cakap dengan saya, Maya dah mati tiga kali! Tiba-tiba Maya hidup balik!Maya nak tembus balik kesalahannya sebab dia dah tipu saya. Masa ini lah dia beritahu saya, dia anak seseorang, ada saham di syarikat media, ada rumah mewah berhampiran KLCC, ada pengaruh politiklah, kenal menterilah dan macam-macam. Maya kata dia masih sakit, tapi belum mati. Maya nak mewasiatkan hartanya kepada saya. Saya kata jangan tipu, akhirnya Maya minta saya berjumpa dengan Molie.Saya bertemu Molie dengan isteri saya. Molie bawa surat wasiat Maya yang bagi saya memang Molie buat sendiri. Saya pernah tanya Molie, kenapa muka dia lain dengan Maya, Molie kata, dia adik tiri Maya. Pendekkan cerita, semua yang Maya janjikan dengan saya, menipu! Maya masih mengganggu kehidupan saya, katanya dia sanggup jadi isteri kedua atau ketiga saya! Akhirnya cerita berpindah kepada Farid Kamil, Farid telefon saya, tanya sama ada saya pernah ada pembantu peribadi nama Elie tak. Sekarang Maya dah mengganggu Pierre pula.”
Farah Asyikin:
"SAYA buat pendedahan ini untuk mereka yang sudah terkena dengan Maya Darina seperti bekas kekasih Pierre, Norliana (Yana) dan Faizal. Sekarang ni yang dalam kesusahan ialah Pierre. Maya cari Farah dalam blog, emel Farah dan beritahu keadaan dirinya, dia sakit jantung. Saya simpati dengannya. Kami berkomunikasi menerusi telefon dan Farah dengar rintihan Maya, dia keluar masuk hospital.Saya beritahu Maya, suami saya seorang doktor. Saya pun memperkenalkan suami saya, Dr Fariz (kini sudah bercerai) dengan Maya. Ketika itu, saya dan Fariz dah tinggal berasingan. Saya pun menunjukkan gambar Maya Darina kepada Fariz. Fariz pun ambil kes Maya. Akhirnya Maya dan Fariz jadi kawan. Mereka berhubung menerusi SMS. Mungkin Maya Darina ini adalah salah satu faktor kecil yang menyebabkan hubungan saya dan Fariz semakin jauh.Dalam masa sama, Maya masih SMS saya. Fariz dapat kesan Maya ni penipu kerana dia cakap berbelit-belit. Fariz tak pernah jumpa Maya, tapi dah pernah jumpa Molie iaitu gadis yang bergambar bersama Pierre seperti yang disiarkan B*Pop, 7 September lalu. Fariz nak hantar bunga dan coklat kepada Maya, tapi menerusi Molie. Molie mendakwa, dia dan Maya, adik beradik. Dari situ, Fariz dah dapat agak, ada sesuatu yang berlaku.Apabila Maya kata dia masuk PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya), Fariz semak senarai nama pesakit, memang tak ada pesakit bernama Maya Darina! Apabila Fariz tak layan, Maya SMS saya, dia kata nak bunuh diri! Saya tak layan. Kalau Maya telefon, telefon Molie akan dimatikan. Bagi saya, Maya Darina atau Molie adalah orang yang sama. Maya tak pernah muncul, yang ada hanyalah Molie saja.Menurut cerita dalam blog, Molie dah kahwin dengan Pierre, sedangkan Pierre nak kahwin dengan Maya! Kalau Maya Darina Dahlan Hain betul-betul wujud, tunjukkan dirinya. Sekarang memang tak ada bukti Maya wujud. Kepada Pierre, please wake-up! Maya, Melia, Molie, Elie adalah orang sama, apabila bercakap di telefon pun, suara sama saja. Pesanan saya kepada Maya, better stop, jangan memporak-perandakan lagi hubungan orang lain! Sekiranya benar Pierre pernah berjumpa dengan Maya Darina, tampillah bersama gadis itu!”

Kronologi 3: Maya Darina Dahlan Hines Tidak Wujud?

MINGGU lalu apabila bekas kekasih Pierre Andre, Norliana Samsudin membuat pendedahan, nama kekasih baru Pierre ialah Maya Darina Dahlan Hain, Zubir menerima banyak maklum balas menerusi panggilan telefon dan SMS. Satu daripada panggilan telefon itu memberitahu Zubir, sumber berkenaan mendakwa, sebenarnya Maya Darina Dahlan Hain tidak wujud apabila Pierre sendiri dikatakan tidak pernah berjumpa pun dengan Maya! “Maya adalah kekasih khayalan Pierre. Sebenarnya ada orang lain menyamar sebagai Maya. Pierre ditipu bulat-bulat oleh pihak berkenaan. Terus-terang saya beritahu Zubir, Maya ialah Elie, seorang penulis skrip yang pernah bertugas di sebuah syarikat filem. Elie mungkin menyamar sebagai Maya. Sebelum Pierre, Elie pernah dikatakan mempermainkan penyanyi Faizal Tahir!,” jelas sumber itu bersungguh-sungguh. Zubir juga mendapat maklumat, Maya mendakwa dirinya ialah seorang ahli Lembaga Pengarah di sebuah kumpulan syarikat media dan dia mempunyai kuasa menghalang wartawan mendedahkan ceritanya di akhbar. Maya juga didakwa mempunyai kediaman mewah, sebuah kondominium berdekatan KLCC! Wah, hebatnya Maya ini sekiranya dia benar-benar wujud Lebih menggemparkan, Pierre dimaklumkan, Maya kini sedang mengidap masalah jantung dan pernah terlantar sakit di Institut Jantung Negara. Tapi, agak menggelikan hati apabila ada pihak mengirimkan buah dan bunga kepada Maya di IJN, pihak IJN memberitahu, tidak pernah wujud nama pesakit Maya Darina Dahlan Hain di situ! Kwang! Kwang! Kwang! Zubir cabar Pierre supaya dia memperkenalkan Maya Darina kepada umum sekiranya buah hatinya itu benar-benar wujud! Sila tunjukkan bukti pengenalan diri seperti salinan kad pengenalan atau pas pekerja! Zubir juga harap, Pierre tidak berkecil hati dengan pendedahan Zubir kali ini kerana sebagai seorang wartawan, Zubir tidak mahu Pierre menjadi mangsa seterusnya. Sebenarnya, sebelum Pierre, Elie pernah dikatakan cuba memikat pelakon kacak, Farid Kamil tapi tidak menjadi, jadi kini giliran Pierre pula. Sekiranya apa diceritakan kepada Zubir ini kisah benar, Zubir harap, Elie menghentikan kerja macam itu demi kebaikan bersama. Jangan cemari industri hiburan negara. Kalau ada masalah, boleh berjumpa pakar psikiatri.

ZUBIR: Jangan bercinta dengan halimuman, nanti boleh jadi sasau.

Kronologi 2: Jangan Jadikan Saya 'Spare Tyre'!

Yana bangkit perjelas artikel kisah cinta baru Pierre yang turut kaitkan namanya
"SAYA terkejut apabila membaca artikel 'Pierre Andre temui cinta baru' yang disiarkan menerusi B*Pop terbitan 24 Ogos lalu apabila ia turut mengaitkan nama saya. Begitu cepat cerita seumpama itu dihidu pihak media. Sebenarnya pada awal pembabitan saya dalam industri hiburan sekitar 2004, ketika itu saya dalam proses menghasilkan album sulung dan pada masa sama menjayakan telefilem, Tarian Melayu Terakhir. Saya berlakon bersama Pierre Andre. Dari situ hubungan kami jadi rapat. Lama kelamaan hubungan kami jadi lebih serius, kami bercinta tapi tidaklah sampai merancang hendak kahwin. Sehinggalah pada awal 2007 ketika Pierre berlakon dan mengarah filem 9 September, hubungan kami menjadi dingin, percintaan kami seolah-olah dilanda badai. Pierre tiba-tiba 'senyap'. Pada masa sama heboh orang bercakap Pierre berkawan rapat dengan seorang aktres popular. Mungkin dah tak ada jodoh antara kami. Namun, kami akhirnya bertemu kembali selepas lapan atau sembilan bulan terputus hubungan. Pada akhir 2007, saya dapat tawaran daripada Metrowealth (MIG) untuk mengarahkan filem Selamat Pagi Cinta! apabila Pierre turut berlakon, sekali gus bertindak sebagai penulis skrip. Kami dipertemukan dalam filem selepas terputus hubungan. Tak ada apa-apa yang berlaku, kami bekerja secara profesional. Hanya baru-baru ini ketika saya sibuk menjayakan penggambaran Syurga Cinta, sebagai Penolong Pengarah 2, ketika itu sekitar akhir Jun, pada masa itu jugalah Pierre ada menyatakan hasratnya untuk kembali kepada saya sebelum dia ke Jakarta bersama Julia Ziegler menjayakan filem usaha sama Malaysia-Indonesia, Teman Selamanya.
Pierre akui kesilapan lalu
Sebelum Pierre ke Jakarta juga, kami berhubung agak kerap, berbalas SMS dan sebagainya. Kami banyak berbincang soal filem, ketika itu juga Pierre baru selesai penggambaran Jangan Tegur. Apabila sudah ada interaksi antara kami, ketika itu Pierre meluahkan hasratnya untuk kembali ke pangkuan saya. Pierre mengakui kesilapan lalu dan dia minta maaf. Namun, ketika itu saya belum membuat sebarang keputusan untuk menerima Pierre kembali atau sebaliknya. Bagi saya, apabila Pierre sudah membuat keputusan menjauhkan dirinya daripada saya tahun lalu, maksudnya dia harus menerima apa saja keputusan selepas ini. Cerita cinta kami yang dingin sudah tersebar sebelum ini, jadi tak takut ke orang cakap apa nanti kalau Pierre nak kembali kepada saya, Pierrekata dia tak takut. Tak bimbangkah cerita cinta kita akan jadi bahan media, Pierre kata dia tak kisah. Saya tidak memberi sebarang harapan kepadanya. Pun begitu, dalam masa sama, saya terdengar desas-desus dia berkawan rapat dengan Julia Ziegler. Saya tidak tahu sejauh mana status perhubungan mereka, justeru tidak mudah lagi saya mempercayai kata-kata Pierre.
Terima SMS daripada Maya
Ketika Pierre berada di Jakarta, pada awalnya dia terus memujuk saya untuk kembali kepadanya. Tapi, saya tetap dengan pendirian, tidak mudah terpedaya dengan kata-katanya lagi. Apa yang saya dapat tahu, ketika itu Pierre masih berkawan rapat dengan Julia (Ziegler). Lama kelamaan, Pierre 'senyap', saya pun tak tahu dia dah balik ke Kuala Lumpur atau belum. Tidak lama kemudian, ada beberapa kenalan, meminta saya membaca blog Maya - gadis yang dikatakan teman wanita baru Pierre. Dalam blog itu mengandungi ayat-ayat cinta antara Maya dan Pierre. Saya juga berpeluang melihat wajah Maya, dia bukan artis, tapi gadis di kalangan orang biasa. Saya difahamkan, nama penuh Maya ialah Maya Darina Dahlan Hain. Pada suatu peringkat, Maya ada mengirimkan SMS kepada saya, dia agak marah kononnya saya ingin merosakkan hubungannya bersama Pierre. Dalam satu daripada SMS itu juga ada menyatakan Maya dan Pierre akan membuat pengumuman terbuka mengenai perhubungan yang terjalin itu. Ketika itu, saya tak mahu campur apa-apa lagi.
'Jangan permainkan perasaan saya'
Akhirnya selepas saya membuat pengakuan bahawa Pierre pernah menyatakan hasratnya untuk kembali ke pangkuan saya dalam rancangan Kring-Kring terbitan Astro Ria siaran 24 Ogos lalu, Pierre ada menghubungi saya. Pun begitu, butiran perbualan kami, saya tak boleh nyatakan di sini, terlalu peribadi. Namun, saya hairan apabila Pierre tidak mahu menjawab panggilan Aznil Nawawi ketika dia dihubungi Kring-Kring. Saya tak tahu, kenapa Pierre tidak mahu berterus-terang. Apa agendanya, saya tidak pasti. Saya juga ada menerima SMS daripada Maya selepas Kring-Kring. Antara lain, Maya minta maaf dengan saya kerana dia tidak tahu Pierre pernah menyatakan hasratnya untuk kembali kepada saya sebelum mereka bertemu. Sekarang, antara saya dan Pierre sudah tidak ada apa-apa, terpulanglah kepadanya untuk menjalin hubungan dengan sesiapa saja. Cuma, apa yang saya kesalkan, Pierre tak perlulah mempermainkan perasaan saya pada awalnya apabila menyatakan hasrat untuk kembali kepada saya. Jangan jadikan saya 'spare tyre' atau pilihan terakhir. Saya ada maruah dan harga diri. Namun, saya doakan Pierre bahagia bersama cinta barunya."

Kronologi 1: Pierre Andre Temui Cinta Baru (Oleh: Zubir Mohd Yunus)

HUJUNG minggu ini, Zubir bersama warga kerja unit hiburan Berita Harian dan Berita Minggu masih berada di Jakarta, Indonesia untuk kunjungan budaya dan lawatan muhibah. Terima kasih kepada pihak yang banyak memberi kerjasama dalam menjayakan acara berkenaan. Pun begitu, sedang sibuk menyiapkan tugasan, Zubir menerima panggilan telefon daripada seorang sumber memaklumkan pelakon, penulis skrip dan pengarah muda, Pierre Andre, 23, khabarnya tidak keseorangan lagi apabila dia sudah pun bertemu cinta barunya, seorang gadis biasa yang dikenali sebagai Maya. Jangan salah sangka pula, bukan Maya Karin! Maya Karin dah jadi isteri orang. Sebelum ini Pierre pernah putus cinta lebih setahun yang lalu dengan pelajar universiti yang juga pengarah wanita termuda yang mengemudikan filem Selamat Pagi Cinta!, Norliana Samsudin atau Yana, 24. Selepas kasih berubah terhadap Yana, Pierre digosipkan pula bermain cinta dengan aktres Pan-Asian, Julia Ziegler apabila mereka sama-sama membintangi filem Jangan Tegur. Gosip cinta Pierre-Julia bertiup lebih kencang apabila kedua-duanya membintangi filem usaha sama Malaysia-Indonesia, Teman Selamanya apabila mereka berada lebih sebulan di Jakarta, menjalani penggambaran. “Jangan kau tak tahu Zubir, rupa-rupanya sebelum Pierre ke Jakarta, dia sempat menghubungi Yana menyatakan hasratnya untuk kembali ke pangkuan kekasih lamanya itu. Pun begitu, aku dengar cerita, Yana tidak memberi sebarang kata putus atau harapan kepada Pierre. Tup-tup... sekembalinya Pierre dari Jakarta baru-baru ini, Yana dapat tahu, Pierre ada Maya. Maya pula orang sini (Malaysia), bukan Jakarta. “Terkejutlah juga Yana, hari tu Pierre kata nak 'rujuk', hari ni dah ada orang lain! Aku dengar cerita lagi, hubungan Pierre dan Maya dah semakin serius. Mereka pula pernah meluahkan perasaan cinta masing-masing menerusi blog. Dah berani bercinta dalam blog, elok sajalah Pierre dan Maya buat pengakuan terbuka, tak perlu cover line lagi,” kata sumber itu kepada Zubir. Sekiranya apa yang Zubir teropong ini tidak kabur, jelas dan tepat ‘pandangannya’, elok rasanya Pierre berterus terang saja, siapa Maya di hatinya. Zubir nak tahu juga siapa sebenarnya Maya ni. Pada kesempatan ini, Zubir dan warga kerja B*Pop ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Maya Karin dan suaminya, Muhammad Ali yang kini sudah kembali ke tanah air.

Watch Galaksi @ TV 9, 17.10.2008

Galaksi @ TV9, 17 Oktober 2008
kisah maya @ molly @ elly episod 36

part 1:
__Click Here__

part 2:
__Click Here__

part 3:
__Click Here__