Saturday, October 18, 2008

The Big Fat Liar named Maya Darina Dahlan Hines

Blog ini adalah kisah benar mengenai seorang penipu bernama Ellyna Ahmad @ Elly, yang merupakan seorang penipu yang menggunakan pelbagai identiti seperti Maya Darina Dahlan Hines, Melia, Molly, Mollyna dan Elly. Antara mereka yang pernah menjadi mangsa penipuan beliau ialah Faizal Tahir, Farah Asyikin, Farid Kamil, Pierre Andre dan beberapa lagi artis tanahair. Dia telah mencipta identiti Maya Darina, yang kononnya merupakan seorang gadis cantik dan kaya raya yang berpenyakit, untuk meraih simpati sesiapa sahaja.

Pernah aktif blogging dalam sebuah blog http://madarina.blogdrive.com [blog kini sudah ditamatkan perkhidmatan], dia pernah bercerita mengenai kisahnya yang kononnya menjadi kegilaan ramai lelaki. Antara lelaki yang dikatakan pernah menggilainya, malah pernah melamarnya untuk dijadikan isteri adalah jutawan automotif Malaysia, S.M. Nasarudin S.M. Nasimuddin. Dia juga dipercaya telah pernah menulis beberapa komen dalam blog nya sendiri dengan menyamar sebagai Nasa atau Nas, seolah2 beliau benar2 bercinta dengan Maya Darina yang tidak wujud ini.

Team CSI akan terus memaparkan pelbagai penipuan Elly Ahmad yang telah berjaya kami bongkar. Semoga tidak akan ada lagi artis-artis Malaysia mahupun orang biasa yang tertipu dengan wanita ini. Berikut adalah wajah sebenar Elly Ahmad ini

No comments: