Saturday, October 18, 2008

Kronologi 5: Pierre Macam Kena Control

Luahan Julia Ziegler mengenai Pierre

"KETIKA saya masih berada di Jakarta, Indonesia bersama Pierre Andre untuk penggambaran filem Teman Selamanya, kami ada bercakap soal relationship, saya tanya Pierre sama ada dia masih sayang pada Yana (Norliana Samsudin - pengarah Selamat Pagi Cinta!), dia kata ya, sayang. Saya dan Pierre, kami kawan rapat, jadi kami boleh bercerita apa saja. Saya pernah menasihatkan Pierre supaya dia kembali pada Yana. Saya tahu, Pierre rindu untuk bercinta dan nak orang sayang pada dia. Saya sendiri sayang pada Pierre sebagai seorang kawan, dia ada ciri-ciri lelaki yang saya cari. Tapi, saya belum bersedia untuk bercinta, saya tak nak fokus pada relationship, sebaliknya Pierre memang sudah bersedia. Sesiapa saja yang dapat mendampingi Pierre, dia adalah gadis bertuah.Terus-terang saya katakan, Pierre pernah meluahkan hasratnya pada saya, masa tu penggambaran Jangan Tegur belum bermula lagi. Saya beritahu Pierre, why not kita jadi kawan dulu, kenal dulu hati budi, bagi saya kalau ada jodoh tak ke mana. Saya sering beritahu Pierre, not yet. Sehinggalah kami jadi kawan rapat dan sama-sama menjalani penggambaran di Jakarta. Ingin saya jelaskan di sini, sekalipun saya dan Pierre rapat, tapi antara kami tidak ada apa-apa hubungan cinta. Sekiranya Yana mungkin pernah berasa cemburu, saya tak tahu nak cakap macam mana kerana memang saya rapat dengan Pierre. Dalam pada itu, ketika di Jakarta, tiba-tiba nama Maya Darina Dahlan Hain muncul. Saya perasan, di set, di mana-mana all the time on the phone! Saya tanya Pierre, dia tengah bercinta ke? Pierre kata, yes! Dia ceritakan pada saya, Maya Darina ni macam mana, anak orang kaya katanya! Cantik, meletup! Mula-mula tu saya percayalah. Lama kelamaan saya dapat rasakan, Pierre macam kena ‘control’. Bayangkan saya dan Pierre tengah makan, dia asyik on the phone dengan Maya! Langsung tak hormat orang! Siapa Maya? Saya dengar Pierre panggil Maya ni baby, sayang, dah muak! Apabila saya tanya, Pierre beritahu, Maya ni sakit. Pierre beritahu lagi, Maya ni ada Austin Martin, Ferrari, ada penthouse, ada banyak saham syarikat minyak, syarikat penerbitan dan macam-macam lagi. Sekalipun Maya ni sakit, tak perlulah all the time telefon dia! Bayangkan kami tengah shooting, telefon Pierre ‘bergegar’ dalam seluar, every single time! Maya tu bukannya isteri Pierre!
Angau dengan Maya Darina
Saya pernah tanya Pierre, you dah pernah jumpa dengan Maya tak? Of course yes, jawab Pierre. Apabila saya balik Kuala Lumpur, saya dengar cerita daripada pembantu Pierre, Itik, dia beritahu saya, Maya Darina tak wujud! Tapi, saya dapat rasakan, Pierre ni angau dengan Maya! Saya pernah tanya ibu Pierre, Khatijah Tan, pernah jumpa tak Maya, tak pernah. Maya pernah datang rumah tak, tak pernah! Banyak kali saya telefon Pierre nak tanya perkara sebenar, dia tak angkat. Pierre seolah-olah ada ‘dunia’ sendiri. Akhirnya saya dapat jumpa Pierre dan sekali lagi saya tanya soalan yang sama, pernah jumpa Maya tak? Jawapan Pierre, tak pernah... Pierre menangis. Saya dapat rasakan, Maya ni ada guna ‘sesuatu’ apabila berhubung dengan Pierre di telefon dan internet, itu cara perhubungan mereka, tak pernah berjumpa!Saya sebenarnya tak sabar nak jumpa Pierre, kami ada reshoot Jangan Tegur. Saya harap, Maya atau Elie atau Molie atau Melia, jangan ganggu hidup Pierre lagi! Kalau rasa nak pergi dapatkan rawatan di hospital sakit otak, pergilah, saya boleh tanggung pembiayaannya, saya tak kisah! Saya selalu pesan dengan Pierre, please grow up! Bagi saya, Pierre dari segi relationship, kosong. Pierre ni seorang yang easy to love. Dia kena matang sebelum jatuh cinta. Saya akan bekerja dengan Pierre lagi. Pierre tolong terima kenyataan, Maya Darina Dahlan Hain, tak pernah wujud! Apabila tersiarnya artikel Faizal Tahir dan Farah Asyikin di B*Pop baru-baru ini, Pierre rasa egonya tercabar.
'Pierre mahu buktikan'
Pierre nak membuktikan seluruh Malaysia, dia betul, orang lain semua tipu. Bagi saya, sekarang Pierre sekadar berkhayal, please go back to reality. Tolong sayang bakat yang ada. Jalan terbaik untuk Pierre, bertemu sajalah dengan pihak media, mengaku, put your ego a side. Jangan teruskan lagi, beritahu saja pada Maya atau Elie atau Molie atau Melia, jangan ganggu! Wanita itu memerlukan pertolongan, serius! Saya boleh tolong Pierre, tapi saya tak rasa boleh tolong you Elie... Berdasarkan cerita Itik, dia pernah pergi ke rumah keluarga Elie di Gombak, Selangor, mak Elie sendiri tak tahu siapa Maya Darina yang kononnya anak tirinya. Saya dapat rasakan, kalau saya ‘pegang’ Pierre, dia jadi Pierre semula. Tapi, jika saya ‘lepaskan’ dia, dia lost! Mungkin saya, Yana dan keluarga terdekatnya saja yang boleh menyelamatkan Pierre. Kepada Pierre, mengaku sajalah pada media, pada masyarakat, dia sudah melakukan kesilapan. Maya Darina ni tak wujud, tolong maafkan dirinya. Kepada Elie, tolonglah, get a life! Jangan rosakkan kehidupan orang lain. Jangan sampai saya buat laporan polis, saya beri you peluang terakhir, jangan kacau lagi Pierre Andre dan lelaki lain! Get help!"

No comments: